Presiden Brazil Lula menembak secara terbuka pemain bintang, Neymar selepas kemenangan Ballon d’Or oleh Lionel Messi.

Pada malam Isnin di Paris, Lionel Messi memenangi anugerah Ballon d’Or kelapan selepas mengetuai negaranya menjulang Piala Dunia pertama mereka sejak 1986.

Pemain Argentina itu diiktiraf pemenang mengatasi penyerang Manchester City Erling Haaland dan Kylian Mbappe yang masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

Messi berkata: “Seronok berada di sini sekali lagi untuk menikmati saat ini. Untuk dapat memenangi Piala Dunia dan mencapai impian saya.”

Bintang Inter Miami itu, yang menjadi orang pertama yang bermain di luar Eropah untuk memenangi hadiah itu.

Messi menambah: “Saya tidak dapat membayangkan akan mempunyai kerjaya yang saya miliki dan semua yang saya capai, semua yang saya ada untuk menjadi sebahagian daripada pasukan terbaik dalam sejarah.”

Lionel Messi Menang Ballon d’Or Kelapan

“Kesemuanya [anugerah Ballon d’Or] adalah istimewa atas sebab yang berbeza.”

Messi, yang dianggap sebagai pemain bola sepak terhebat sepanjang zaman, telah menerima pujian dan sudah tentunya ada yang tak berpuas hati.

Namun di Brazil, presiden negara itu telah menggunakan Messi sebagai modal untuk menganjing Neymar. Lula berkata: “Seorang lelaki yang berumur 36 tahun. Dia adalah Juara Dunia dan tahun ini memenangi Ballon d’Or.”

Lula kemudian menyindir ada pemain Brazil yang seharusnya menjadi inspirasi kanak kanak di Brazil namun gagal.

“Ada seorang yang sepatutnya menjadi inspirasi untuk kanak-kanak yang berada di TV dan kemudian menghilang.”

“Berapa tahun sejak Brazil mempunyai idola sebenar seperti dia?”

Komen Lula telah dianggap sebagai kritikan spesifik terhadap Neymar, yang selesa menjadi pemain Brazil terhebat dalam generasinya.

Pemain berusia 31 tahun itu adalah penjaring terbanyak sepanjang zaman untuk Brazil selepas dia melepasi rekod Pele bulan lalu dengan gol ke-78 untuk negaranya.

Dia menambah yang ke-79 dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia yang sama menentang Bolivia.

Neymar seringkali dianggap calon terbaik untuk memecahkan dominasi CR7 dan Messi sebelum ini dalam Ballon d’Or namun dia gagal melakukannya. Dia malah tidak memiliki sebarang Ballon d’Or.

Neymar pernah meminta dijual ke PSG atas alasan dia mahu membina cerita gemilang dia sendiri di PSG dan keluar daripada bayang bayang Messi di Barca. Malangnya ketika di PSG dia dibayangi Mbappe dan kemudian Messi datang lagi.

Dalam tugasan terakhir bersama Brazil, Neymar mengalami kecederaan ACL dan berehat panjang.